SUMBER DARI : CHE DIN
Kehebatan Buah Goji – Buah Lycium (Goji)Oleh Subhuti Dharmananda, Ph.D., Director, Institute for Traditional Medicine, Portland , OregonBuah
Lycium (Goji) merupakan herba yang berasal daripada Lycium chinense dan
Lycium barbarum, tumbuhan yang biasa di dapati di Asia Timur. Kulit
akar tumbuhan-tumbuhan tersebut juga digunakan untuk perubatan di
seluruh Asia Timur. Lycium merupakan famili Solanacea yang memberikan
kita buah-buahan seperti lada, terung, ubi kentang, tomato dan lain-lain
lagi. Buah ini dikenali oleh masyarakat Cina sebagai Goji, dan telah
pun digunakan sejak zaman purba lagi, direkodkan seawal keujudan Chinese
material medica dalam lingkungan 100A.D.Goji dan Teks Perubatan Purba Cina
‘GOJI’ telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama 5000 tahun.
Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:
Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan tersebut:
· Ben
Cao Hui Yan menyatakan: “Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan,
menyokong darah, menyuburkan ‘yin’ dan ‘yang’, membuang angin, merupakan
herba yang sangat baik”.
·
Ben Cao Bei Yao menyatakan: “Goji menyuburkan paru-paru, membuang
angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi,
meningkatkan potensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta
mencerahkan mata”.
·
Ben Cao Gang Mu menyatakan: “Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5
organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menenangkan
saraf, menjadikan hidup panjang umur”.
34 Sebab Mengapa Mesti Mengambil Goji oleh Dr Earl MindellDr.
Earl Mindell, R.Ph.,Ph.D., dikenali sedunia sebagai seorang Pakar Herba
dan Ahli Farmasi berdaftar memberi 34 sebab mengapa mesti mengambil
GOJI :-
1. Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja”
4. Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5. Goji mengurangkan risiko kanser.
6. Goji mengurangkan kolestrol.
7. Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes.
8. Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual.
9. Goji membantu mengurangkan berat badan.
10. Goji melegakan sakit kepala dan pening.
11. Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak.
12. Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda.
13. Goji menguatkan jantung anda.
14. Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung).
15. Goji meningkatkan halangan penyakit.
16. Goji meningkatkan respon imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG).
17. Goji digunakan sebagai rawatan kanser.
18. Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser).
19. Goji menghalang tumbesaran tumor.
20. Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi.
21. Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet, dan rawatan penyakit tulang sum-sum.
22. Goji meningkat limfosit.
23. Goji mengaktifkan enzim anti-radang.
24. Goji menyokong fungsi hati yang sihat.
25. Goji merawat simptom-simptom menapause.
26. Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung.
27. Goji meningkatkan kesuburan.
28. Goji menguatkan otot dan tulang anda.
29. Goji menyokong fungsi buah pinggang.
30. Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan.
31. Goji membantu batuk kering yang kronik.
32. Goji menghilangkan tekanan dan gelisah.
33. Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda.
34. Goji membantu sistem penghadaman.
Fakta Nutrisi Buah Goji NingxiaGoji Ningxia mengandungi:
· 19 amino asid termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
· 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
· 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
· Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
· Zeaxanthin dan Lutein melindungi
mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber
karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
· Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
· Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
· Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
· Beta-Sitosterol, dikenali
sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol
dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar
yang membesar.
· Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
· Cyperone, memberi
faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan
ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
· Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
· Physalin, sebatian
semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan
dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
· Betaine, digunakan
oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan
ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan
melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga
menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu
mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam
penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
· Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang
luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan
Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan
komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.